Saturday, 28 March 2015

               

             CARA MEMBUAT BLOG


  • Pertama sekali anda perlu login ke akaun Blogger.com (klik).
  • Apabila login anda berjaya, anda akan dibawa ke paparan berikut:

Cara buat blog menerusi blogspot
  • Perkara paling penting sewaktu pertama kali anda buat blog sendiri ialah alamat (Address) blog anda. Anda perlu mencari URL atau alamat blog yang mesra pengunjung dan mudah ingat. Sekiranya anda meletakkan url terlalu panjang atau rumit, agak sukarlah orang nak ingat alamat blog anda. Cuba cari alamat blog yang cerminkan diri anda.
  • Bukan semua alamat anda boleh tulis, kadangkala ada alamat sudah pun dimiliki oleh orang lain, jadi anda perlu cari atau buat alamat blog yang lain. Lihat contoh di bawah ini.

Cara Buat Blog SendiriCara Buat Blog Sendiri




Apabila sudah mendapat URL atau alamat blog sendiri, maka langkah seterusnya ialah memilih template. Untuk awal-awal ini, saya syorkan anda memilih template yang mudah. Ada banyak pilihan template yang telah disediakan oleh blogspot.com sendiri. Pilih mana-mana yang berkenan di hati. Jangan risau, template anda boleh ubah dan pilih yang lain kemudian. Klik Create blog!untuk ke langkah seterusnya.

Cara Buat Blog Sendiri
Add caption

Cara Buat Blog Sendiri
                       

 









PENANAMAN TEBU

TEBU KUNING (Saccharum officinarum Linn) merupakan sejenis tanaman kontan dari keluarga Graminae yang diproses untuk mendapatkan airnya atau ada yang memproses untuk dijadikan gula. Tebu Kuning ditanam di Malaysia di kawasan khas atau sebagai tanaman selingan dalam pokok getah atau kelapa sawit yang baru dibuka. Keluasan tanam tebu di Malaysia direkodkan sebanyak 1,020 hektar dengan penghasilan sebanyak 17,800 metrik tan pada tahun 2010 dimana kawasan utama penanaman tebu kuning di Negeri Johor terutama di Daerah Muar, Johor serta Batu Pahat dan juga di Daerah Kuching Sarawak. Tebu kuning merupakan satu tanaman yang di tanam untuk kegunaan domestik dan juga di ekspot ke Singapura dalam bentuk tebu segar. Artikel tengahari ini saya menulis teknologi penanaman tebu kuning untuk panduan mereka yang ingin mengusahakannya sebagai panduan asas sahaja. Kalau betul-betul berminat boleh memohon kursus di Jabatan Pertanian atau buat latihan 'hands-on' dengan petani atau pengusaha tebu.

Pokok tebu kuning merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai batang beruas tegak tanpa cabang dan tumbuh pada rumpun diatas tanah yang subur. Batang Tebu berbentuk selinder dengan panjang sekitar 1.8 - 3.0 meter dan ruas berukuran sekitar 5'0 - 10.0 cm garispusat. Saya dapati setiap ruas tebu mempunyai mata tunas dan boleh digunakan untuk bahan tanaman. Tebu ditanam menggunakan keratan batang yang mempunyai mata tunas dan disusun dalam longkang barisan tanah. Daun tebu berbentuk memanjang 2-4 meter yang keluar dari bahagian pucuk dengan lebar daun 4-8 cm. Tebu kuning mempunyai akar serabut dipangkal pokok dan berakar cetek. Satu rumpun pokok tebu mempunyai 6 - 12 batang pokok dan jika di uruskan dengan baik dan untuk dapatkan kualiti baik perlu tinggalkan kurang 6 batang setiap rumpun.



No.
Aktiviti Ladang
Catatan/Jangkamasa
1.
Pembersihan Kawasan
  • Kerja Meracun lalang/rumput/pennisetum/tumbuhan berkayu.
  • Mencabut tunggul menggunakan jentolak
  • Meratakan kawasan yang berbonggol ketara untuk tujuan pemagaran.
  • 3 hari
  • Kerja boleh dilakukan sejajar dengan pemagaran dan perparitan
2.
Pembajakan
  • Menggunakan traktor – 2 kali pusingan untuk tujuan penggemburan
  • Pembikinan batas yang mempunyai ketinggian 2 kaki.Membentuk parit kecil untuk tujuan menanam benih secara memanjang.
· Sebaik sahaja kawasan penanaman bersih.
· 7 hari
3.
Pemagaran
  • Menggunakan sumber sekitar dalam meminimakan kos
  • Kayu hutan dan terpakai
  • Pembersihan sekitar pagar
  • Perparitan
  • Kerja boleh dijalankan berterusan pada bila-bila masa
4.
Penanaman benih tebu
  • Sebelum itu parit batas ditabur dengan baja CIRP untuk tujuan penggalakkan akar
  • Tidak mengambil masa yang lama kerana hanya menyusun secara memanjang dalam parit sebelah batas.
  • Menabur Furadan untuk tujuan mengawal serangan serangga dan penyakit
  • 1 hari
  • 2 hari
  • 1 hari
5.
Penutupan benih tebu
  • Setelah 2 minggu tunas mula tumbuh lebih kurang 6 inci.Menutup parit benih tebu dengan perlahan.hanya tunas sahaja yang terkeluar dari tanah.
  • Membaja dengan NPK15 lebih kurang 50 gram per rumpun pada kawasan kecil yang sudah siap ditutup dengan tanah tanpa perlu menunggu siap keseluruhannya.
  • 4 hari
  • 4 hari
6.
Membaja NPK15
  • Tanah hendaklah digemburkan terlebih dahulu
  • Genap umur sebulan pada kadar 100gm/rumpun
  • 7
  • 4
7.
Penjarangan
  • Hendaklah dilakukan secara berhati-hati dan memerlukan kepintaran
  • Tunas-tunas mungkin boleh dipindahkan ke polibeg sebelum dipindahkan ke kwasan baru jika perlu.
  • Sepanjang masa mengikut keperluan
8.
Kawalan Perosak
  • Memantau keselamatan pagar
  • Memantau serangan
  • Meracun serangga dan perosak setiap 14 hari
  • Sepanjang masa mengikut keperluan
9.
Kawalan Rumpai
  • Jadual setiap 3 bulan,namun langkah awal dan sasar kawasan bermasalah membantu mengurangkan kos berbanding terpaksa meracun pada ketebalan rumput yang tinggi
  • 3 bulan sekali
  • Tinggi pokok kurang 2 kaki digalakkan secaramanual/hand weeding
10.
Pembuangan daun kering
  • Hanya daun yang benar-benar kering dan tebu pada peringkat 5 kaki ke atas
  • Tidak digalakkan ketika serangan perosak pada tahap yang teruk
  • Daun-daun yang kering sebagai penutup bumi.
  • Sebaiknya pada ketinggian 5 kakai keatas
11
Membaja NPK15
  • Tanah hendaklah digemburkan terlebih dahulu
  • Kadar 100gm/rumpun
  • Setiap 3 bulan
12
Menuai Hasil
  • Tuaian pertama pada bulan ke 9
  • Tinggi tebu yang berkualiti baik antara 8-12 kaki
  • Tuaian berikutnya setiap 3 bulan
  • Mengikut keperluan pemborong
13.
Jualan dan Pemasaran
  • Pasaran sudah dipantau sejak dari awal penanaman lagi
  • Pengedaran pada pemborong
  • Jualan terus
  • Mengikut keperluan pemborong
14.
Aktiviti Lepas Tuai
  • Membuat Pembersihan
  • Menyambung semula tugasan yang sentiasa berterusan
  • Sebaik sahaja musim menuai tamat

 

Tuesday, 24 March 2015






PENANAMAN LADA HITAM 

lada hitam(piper nigrum linn)yang dipercayai berasal dari barat-daya india. rempah daripada keluarga piperaceae yang digunakan dengan meluas diseluruh dunia. serbuk lada hitam digunakan sebagai perasa makanan merupakan produk buah daripada tumbuhan tropika jenis memanjat. di malaysia tanaman lada hitam banyak ditanam di sarawak selain daripada sedikit sedikit di johor(kulai) dan sabah. keluasan tanaman lada hitam di malaysia adalah pada kadar sekitar 13,000 hektar dimana kebanyakannya ditanam oleh pekebun kecil terutama di negeri sarawak.

  Pokok lada hitam hidup subur di kawasan beriklim tropika yang panas dan lembap.Lazimnya, lada hitam akan dibiak daripada keratan batang dan pembiakan menggunakan biji jarang dilakukan. Pembiakan daripada biji bagaimana pun hanya untuk tujuan penyelidikan bagi mendapatkan varieti-varieti baru yang tahan penyakit dan mengeluarkan hasil tinggi. Sistem akar berkembang daripada akar adventitius yang terbentuk pada bahagian buku keratan batang yang ditanam. Daun akan keluar pada setiap buku semasa peringkat tumbesaran keratan pucuk utama. 

    Akar adventitius juga akan berkembang untuk membantu pucuk melekat pada tiang sokongan. Pada setiap buku, mata tunas aksil tumbuh menjadi dahan sisi dan seterusnya akan mengeluarkan sulur buah.Bunga lada keluar pada buku yang bertentangan dengan setiap daun di dahan sisi. Kebanyakan kultivar lada mempunyai bunga dwiseks yang kebiasaannya mengalami pendebungaan sendiri. Buah lada yang lebih dikenali sebagai beri, berwarna hijau dan berkeadaan lembut di peringkat awal pembentukan. Ia bertukar ke warna hijau tua dan menjadi keras apabila matang. Kulit luar (eksokarpa) berwarna kuning dan merah cerah dan menjadi lembut apabila masak. Setiap beri lada mengandungi biji tunggal yang diselaputi isi buah (mesokarpa). Lada hitam terdiri daripada keseluruhan beri yang telah dikeringkan manakala lada putih adalah biji lada. Rasa pedas buah lada adalah disebabkan oleh kehadiran alkaloid piperine, chavisine dan piperettine manakala minyak pati menghasilkan aroma lada. Kedua-dua sebatiantersebut membentuk oleoresin yang dapat diperolehi melalui  proses ekstraksi pelarut. Kepedasan lada juga dipengaruhi oleh varieti dan persekitaran penanaman lada.

      Di Sarawak, lada ditanam sebagai Tanaman Tunggal (monocrop) tanpa naungan terutamanya di kawasan lereng yang bercerun landai dan curam. Untuk kebun lada yang terletak di kawasan rendah dan mendatar maka sistem parit perlu disediakan. Pokok lada ditanam di atas busut yang disediakan semasa penyediaan tanah. Secara tradisional, pekebun mengamalkan merumpai bersih kebun lada mereka. Amalan ini sering mengakibatkan hakisan tanah yang teruk, oleh itu pekebun lada kini digalakkan menanam tanaman penutup bumi. Masa yang paling sesuai menanam lada adalah di antara bulan Oktober hingga Disember. Bahan tanaman yang boleh digunakan ialah keratan tanpa akar, keratan berakar atau keratan dalam polibeg. Jarak antara tanamanyang disyorkan ialah 2.5m x 2.0m (2,000 pokok lada/hektar). Keratan yang baru ditanam perlu diberi naungan atau lindungan sehingga ia tumbuh dengan sempurna. Pokok lada yang masih muda dilatih untuk tumbuh memanjat pada tiang sokongan. Secara tradisional, tiang kayu belian digunakan sebagai sokongan.  

Monday, 2 March 2015

PANDUAN PENANAM SAYUR SAWI

PENGENALAN
Nama saintifik :: Brassica sp.
Family::cruceferae
Nama Tempatan :: sawi hijau /bunga /sawi putih /sawi pahit/sawi jepun

KULTIVAR YANG DISYORKAN
  • Sawi hijau / sawi bunga (Brassica campestris sp. parachinensis)Jenis yang paling popuar di kalangan penanam. Ia adalah tanaman semusim, berdaun tegak berwarna hijau tua berukuran lebih kurang 20-25 cm dan bunganya berwarna kuning. Batang atau petiole berbentuk kurus dan berwarna hijau. Ada sejenis lain yang dikenali oleh penanam tempatan sebagai sawi putih, mempunyai batang berwarna hijau muda yang lebih tahan kepada berlebihan air atau hujan.
  • Sawi putih Pak Choy (Brassica campestris sp. chinensis var juliennius)
    Daunya berwarna hijau jua dan urat daun berwarna putih. Bentuk hujung daun bulat dan berukuran 15-20 cm. Daun juga lebih tebal daripada sawi hijau. Batang atau petiole berwarna putih, besar dan compact di bahagian pangkal serta tirus di bahagian daun. Corak tumbuhan daun berbentuk lebih terbuka jika dibanding dengan sawi hijau.
  • Sawi jepun Siow Pak Choi (Brassica campestris sp. chinensis)
    Dikenali sebagai sawi jepun kerana saiznya yang kecil (12-15 cm). Batang dan daunnya berwarna hijau muda. Batangnya juga compact di bahagian pangkal dan tirus di bahagian daun. Urat daun tidak prominent dan hujung daun bulat.
  • Sawi pahit (Brassica juncea var rugosa (Roxb.) Tse & Lee)
    Jenis ini tumbuh cepat dan mempunyai daun yang lebat dan melebihi 30 cm. Kultivar ini lebih besar dengan daun dan batangnya berwarna hijau muda. Rasanya pahit dan biasanya diproses untuk buat jeruk. Hasilnya diantara 22 - 30 tan / ha. dan boleh dikutip hasilnya selepas 35 hari selepas menanam.
PENYEDIAAN TANAH
Sesuai ditanam dalam kawasan yang mempunyai suhu diantara 23-35oC dan kelembapan yang tinggi. Terlalu banyak hujan boleh merosakkan daun sawi dan menjejaskan kualitinya. Penggunaan rumah pelindung hujan atau struktur berjaring boleh mengatasi masalah ini. Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam 15-20 cm. Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.

MENANAM
  • Biji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 1.5 kg biji benih digunakan untuk sehektar. Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan racun kulat thiram dan digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan ditabur sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas. Selepas 10-14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.
PEMBAJAAN
  • Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok. Pembajaan yang disyorkan.
PENGAIRAN
  • Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.
KAWALAN RUMPAI
  • Kawalan rumpai dilakukan secara manual dilakukan dua kali sepanjang umur pokok. Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.
KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
Diantara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman sawi ial:-
  • Ulat Ratus (Army Worm) - Spodopteraw litura
    Sembur racun fenvalerate
  • Kumbang Kutu (Phyliotera sinuata Ateph)
    Sembur racun malathion
  • Ulat Pangkas (Cut Worm) - Agrotis xpsilon
    Sembur racun fenvalerate
  • Ulat Pluttela (Pluttel xylostella)
    Sembur racun Bacillus thurintgiensis. Amalkan tanaman giliran.
  • Reput Lembtu (Erwinia carotovora)
    Rawat biji benih dengan thiram. Amalkan tanaman giliran dan tentukan saliran yang baik.
  • Bintik Daun (Leaf Spot) - Cercospora spp.)
    Rawat biji benih dengan thiram
  • Reput Daun (Leaf Rot. - corticum solani
    Cabut dan buang pokok yang berpenyakit
  • Siput 


TEMPOH MENGUTIP HASIL
Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai. Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah.

TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN

Tanda-tanda kekurangan nutrien pada tanaman sawi akan berlaku sekiranya pembajaan tidak dijalankan dan ini akan menjejaskan kualiti sayur untuk pasaran. Sebagai panduan disenaraikan di bawah ini nutrien yang diperlukan untuk mendapatkan sawi yang berkualiti tinggi dan tanda-tanda kekurangan nutrien.


KEMATANGAN PENGUTIPAN DAN PENGENDALIAN HASIL

Hasil dikutip 27 hingga 30 hari selepas menyemai dengan memotong pada paras tanah. Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok mengeluarkan bunga.

Thursday, 26 February 2015

PENGENALAN INDUSTRIAL CROP PRODUCTION

Pengeluaran tanaman perindustrian direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengeluaran tanaman perindustrian dalam negara yang berkembang.kandungan kursus ini, termasuk penanaman pengurusan dan pemprosesan.Pelajar juga akan didedahkan kepada proses lepas tuai tanaman.

SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI(PRINCESSQUEEN)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Selamat datang ke blog Princess Queen, terlebih dahulu kami mengucapkan kesyukuran ke hadrat illahi dengan terciptanya blog yang tak seberapa ini .Kami adalah bakal Graduan Politeknik Jeli,Kelantan yang kini sedang berada di sem dua. Kami merupakan pelajar Agroteknologi & Bio Industri di Politeknik Jeli,Kelantan .Kami telah mendapat pendedahan dan latihan dalam pelbagai aspek di dalam pertanian.

Objektif utama blog ini dihasilkan adalah bertujuan untuk dijadikan sebagai hak bagi semua penduduk Malaysia dan pelajar IPTA & IPTS yang berminat untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan dalam bidang pertanian.Antara bahan yang bakal dimuat pada masa kini ialah berkaitan dengan teknologi penanaman sayur sawi, lada hitam dan,tebu,Bahan-bahan bacaan yang dimuatkan juga bertujuan untuk dijadikan akses kepada pelajar-pelajar yang ingin meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai pertanian.

Kami juga ingin berkongsi maklumat yang dapat dimanfaatkan dari blog ini untuk meningkatkan ilamu pengetahuan dan bertukar pendapat.penanaman tanaman yang dimuatkan di dalam blog ini di ambil daripada nota kuliah semasa kami menuntut di Politeknik Jeli,Kelantan.
BIODATA AHLI KUMPULAN


NAMA :;
ROSAMIRAH BT ZAINUDIN
UMUR ::
19 TAHUN
T/LAHIR::
11,03.1996
ASAL::
BACHOK,KELANTAN
STUDY::
POLITEKNIK JELI,KELANTAN
KOS::
AGROTEKNOLOGI & BIO INDUSTRI



NAMA::
 NUR HAZALIESHA BT MOHD HANAFIE
UMUR::
19 TAHUN
T/LAHIR::
24.04.1996
ASAL::
PASIR MAS ,KELANTAN
STUDY::
POLITEKNIK JELI ,KELANTAN
KOS::
AGROTEKNOLOGI & BIO INDUSTRI


NAMA::
SITI NOR ATIKAH BT MD NASDI
UMUR::
19TAHUN
T/LAHIR::
26.8.1996
ASAL::
ALOR SETAR,KEDAH
STUDY::
POLITEKNIK JELI,KELANTAN
KOS::
AGROTEKNOLOGI $ BIO INDUSTRI





NAMA::
NUR FATIN SYAFIKAH BT MOHD ZAMRI
UMUR::

19 TAHUN
T/LAHIR::
30.1,1996
ASAL::
MANIK URAI,KELANTAN
STUDY::
POLITEKNIK JELI,KELANTAN
KOS::
AGROTEKNOLOGI & BIO INDUSTRI