PENGENALAN
Nama saintifik :: Brassica sp.
Family::cruceferae
Nama Tempatan :: sawi hijau /bunga /sawi putih /sawi pahit/sawi jepun
KULTIVAR YANG DISYORKAN
- Sawi hijau / sawi bunga (Brassica campestris sp. parachinensis)Jenis yang paling popuar di kalangan penanam. Ia adalah tanaman semusim, berdaun tegak berwarna hijau tua berukuran lebih kurang 20-25 cm dan bunganya berwarna kuning. Batang atau petiole berbentuk kurus dan berwarna hijau. Ada sejenis lain yang dikenali oleh penanam tempatan sebagai sawi putih, mempunyai batang berwarna hijau muda yang lebih tahan kepada berlebihan air atau hujan.
- Sawi putih Pak Choy (Brassica campestris sp. chinensis var juliennius)
Daunya berwarna hijau jua dan urat daun berwarna putih. Bentuk hujung daun bulat dan berukuran 15-20 cm. Daun juga lebih tebal daripada sawi hijau. Batang atau petiole berwarna putih, besar dan compact di bahagian pangkal serta tirus di bahagian daun. Corak tumbuhan daun berbentuk lebih terbuka jika dibanding dengan sawi hijau. - Sawi jepun Siow Pak Choi (Brassica campestris sp. chinensis)
Dikenali sebagai sawi jepun kerana saiznya yang kecil (12-15 cm). Batang dan daunnya berwarna hijau muda. Batangnya juga compact di bahagian pangkal dan tirus di bahagian daun. Urat daun tidak prominent dan hujung daun bulat. - Sawi pahit (Brassica juncea var rugosa (Roxb.) Tse & Lee)
Jenis ini tumbuh cepat dan mempunyai daun yang lebat dan melebihi 30 cm. Kultivar ini lebih besar dengan daun dan batangnya berwarna hijau muda. Rasanya pahit dan biasanya diproses untuk buat jeruk. Hasilnya diantara 22 - 30 tan / ha. dan boleh dikutip hasilnya selepas 35 hari selepas menanam.
PENYEDIAAN TANAH
Diantara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman sawi ial:-
Sesuai ditanam dalam kawasan yang mempunyai suhu diantara 23-35oC dan kelembapan yang tinggi. Terlalu banyak hujan boleh merosakkan daun sawi dan menjejaskan kualitinya. Penggunaan rumah pelindung hujan atau struktur berjaring boleh mengatasi masalah ini. Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam 15-20 cm. Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar, 7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.
MENANAM
- Biji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 1.5 kg biji benih digunakan untuk sehektar. Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan racun kulat thiram dan digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan ditabur sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas. Selepas 10-14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.
PEMBAJAAN
- Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok. Pembajaan yang disyorkan.
PENGAIRAN
- Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.
KAWALAN RUMPAI
- Kawalan rumpai dilakukan secara manual dilakukan dua kali sepanjang umur pokok. Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.
KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT
- Ulat Ratus (Army Worm) - Spodopteraw lituraSembur racun fenvalerate
- Kumbang Kutu (Phyliotera sinuata Ateph)Sembur racun malathion
- Ulat Pangkas (Cut Worm) - Agrotis xpsilonSembur racun fenvalerate
- Ulat Pluttela (Pluttel xylostella)Sembur racun Bacillus thurintgiensis. Amalkan tanaman giliran.
- Reput Lembtu (Erwinia carotovora)Rawat biji benih dengan thiram. Amalkan tanaman giliran dan tentukan saliran yang baik.
- Bintik Daun (Leaf Spot) - Cercospora spp.)Rawat biji benih dengan thiram
- Reput Daun (Leaf Rot. - corticum solaniCabut dan buang pokok yang berpenyakit
- Siput
TEMPOH MENGUTIP HASIL
Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai. Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah.
TANDA-TANDA KEKURANGAN NUTRIEN
Tanda-tanda kekurangan nutrien pada tanaman sawi akan berlaku sekiranya pembajaan tidak dijalankan dan ini akan menjejaskan kualiti sayur untuk pasaran. Sebagai panduan disenaraikan di bawah ini nutrien yang diperlukan untuk mendapatkan sawi yang berkualiti tinggi dan tanda-tanda kekurangan nutrien.
KEMATANGAN PENGUTIPAN DAN PENGENDALIAN HASIL
Hasil dikutip 27 hingga 30 hari selepas menyemai dengan memotong pada paras tanah. Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok mengeluarkan bunga.
No comments:
Post a Comment