Tuesday, 24 March 2015






PENANAMAN LADA HITAM 

lada hitam(piper nigrum linn)yang dipercayai berasal dari barat-daya india. rempah daripada keluarga piperaceae yang digunakan dengan meluas diseluruh dunia. serbuk lada hitam digunakan sebagai perasa makanan merupakan produk buah daripada tumbuhan tropika jenis memanjat. di malaysia tanaman lada hitam banyak ditanam di sarawak selain daripada sedikit sedikit di johor(kulai) dan sabah. keluasan tanaman lada hitam di malaysia adalah pada kadar sekitar 13,000 hektar dimana kebanyakannya ditanam oleh pekebun kecil terutama di negeri sarawak.

  Pokok lada hitam hidup subur di kawasan beriklim tropika yang panas dan lembap.Lazimnya, lada hitam akan dibiak daripada keratan batang dan pembiakan menggunakan biji jarang dilakukan. Pembiakan daripada biji bagaimana pun hanya untuk tujuan penyelidikan bagi mendapatkan varieti-varieti baru yang tahan penyakit dan mengeluarkan hasil tinggi. Sistem akar berkembang daripada akar adventitius yang terbentuk pada bahagian buku keratan batang yang ditanam. Daun akan keluar pada setiap buku semasa peringkat tumbesaran keratan pucuk utama. 

    Akar adventitius juga akan berkembang untuk membantu pucuk melekat pada tiang sokongan. Pada setiap buku, mata tunas aksil tumbuh menjadi dahan sisi dan seterusnya akan mengeluarkan sulur buah.Bunga lada keluar pada buku yang bertentangan dengan setiap daun di dahan sisi. Kebanyakan kultivar lada mempunyai bunga dwiseks yang kebiasaannya mengalami pendebungaan sendiri. Buah lada yang lebih dikenali sebagai beri, berwarna hijau dan berkeadaan lembut di peringkat awal pembentukan. Ia bertukar ke warna hijau tua dan menjadi keras apabila matang. Kulit luar (eksokarpa) berwarna kuning dan merah cerah dan menjadi lembut apabila masak. Setiap beri lada mengandungi biji tunggal yang diselaputi isi buah (mesokarpa). Lada hitam terdiri daripada keseluruhan beri yang telah dikeringkan manakala lada putih adalah biji lada. Rasa pedas buah lada adalah disebabkan oleh kehadiran alkaloid piperine, chavisine dan piperettine manakala minyak pati menghasilkan aroma lada. Kedua-dua sebatiantersebut membentuk oleoresin yang dapat diperolehi melalui  proses ekstraksi pelarut. Kepedasan lada juga dipengaruhi oleh varieti dan persekitaran penanaman lada.

      Di Sarawak, lada ditanam sebagai Tanaman Tunggal (monocrop) tanpa naungan terutamanya di kawasan lereng yang bercerun landai dan curam. Untuk kebun lada yang terletak di kawasan rendah dan mendatar maka sistem parit perlu disediakan. Pokok lada ditanam di atas busut yang disediakan semasa penyediaan tanah. Secara tradisional, pekebun mengamalkan merumpai bersih kebun lada mereka. Amalan ini sering mengakibatkan hakisan tanah yang teruk, oleh itu pekebun lada kini digalakkan menanam tanaman penutup bumi. Masa yang paling sesuai menanam lada adalah di antara bulan Oktober hingga Disember. Bahan tanaman yang boleh digunakan ialah keratan tanpa akar, keratan berakar atau keratan dalam polibeg. Jarak antara tanamanyang disyorkan ialah 2.5m x 2.0m (2,000 pokok lada/hektar). Keratan yang baru ditanam perlu diberi naungan atau lindungan sehingga ia tumbuh dengan sempurna. Pokok lada yang masih muda dilatih untuk tumbuh memanjat pada tiang sokongan. Secara tradisional, tiang kayu belian digunakan sebagai sokongan.  

No comments:

Post a Comment